Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Khairy gembira FitMalaysia Selangor dapat sambutan

SABTU, 27 OGOS 2016 @ 12:30 PM

Khairy gembira FitMalaysia Selangor dapat sambutan

Oleh Haika Khazi dan Samadi Ahmad

bhsukan@bh.com.my

image

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. -Foto Osman Adnan

 

DENGKIL: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sebentar tadi, melahirkan rasa gembira kerana Program FitMalaysia Selangor 2016 mendapatkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan 10,000 peserta dari sekitar Lembah Klang, menyertainya. Khairy berkata, kehadiran lebih 10,000 peserta terutama dari Bukit Changgang ke FitMalaysia Selangor 2016 memberi gambaran bahawa masyarakat luar bandar juga mempunyai tahap kesedaran sama mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan semangat kesukanan tinggi seperti mereka di bandar besar. Katanya, beliau memang mahu melihat rakyat Malaysia untuk bersama-sama menerapkan budaya dan semangat kesukanan dan beriadah dalam diri masing-masing untuk melahirkan sebuah negara bersukan. "Saya baru saja pulang dari Brazil dan amat bangga dengan pencapaian kontingen negara yang membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa. "Walaupun kita masih menunggu kilauan emas tetapi ini membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara cemerlang dalam arena sukan di peringkat lebih tinggi bukan hanya di aras Sukan SEA dan kebangsaan saja. "Tetapi atlet kita sama ada acara terjun, basikal atau badminton adalah antara terbaik di dunia ini," katanya. Terdahulu, Khairy mengetuai lebih 400 peserta termasuk beberapa tetamu kehormat berbasikal sejauh 10 kilometer sebagai simbolik perasmian Program FitMalaysia Selangor 2016 di perkarangan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Changgang di sini kira-kira jam 7.30 pagi tadi dan menamatkan kayuhan sejam kemudian. Beliau berkata Malaysia tidak boleh lagi bergantung harap kepada atlet elit negara sedia ada saja tetapi harus mencungkil seramai mungkin bakat baru berkebolehan. "Sebab itulah kita perlu mengekalkan momentum ini bukan hanya mengharapkan atlet elit saja tetapi kita mahu lihat gelombang kesukanan ini akan bangkit dari kalangan rakyat di peringkat akar umbi tanpa mengira sempadan bangsa, agama dan latar belakang. "Kita mahu melihat rakyat Malaysia mempunyai semangat bersukan yang tinggi menerusi gagasan Program FitMalaysia. Saya mahu melihat anak kita bersukan bukan hanya memberi perhatian kepada telefon pintar, tablet dan sebagainya. "Saya juga mahu melihat rakyat Malaysia memberi fokus bukan hanya kepada bola sepak tetapi melahirkan jaguh yang mampu diketengahkan di peringkat antarabangsa," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187176
 


Kemaskini pada 2020-10-12 16:18:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page