Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

2,780 calon UPSR DUN Dengkil terima sumbangan alat tulis

KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2016 @ 1:16 PM

2,780 calon UPSR DUN Dengkil terima sumbangan alat tulis

Oleh Samadi Ahmad bhnews@bharian.com.my

SEPANG: Sumbangan alat tulis diedarkan kepada 2,780 murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 24 buah sekolah sekitar Dengkil sebagai dorongan untuk berusaha lebih keras supaya lulus cemerlang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif, berkata dengan memiliki kelengkapan sempurna, diharap pelajar lebih bersemangat dan ada motivasi bagi menghadapi peperiksaan. "Ini adalah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pejabat ADUN Dengkil yang melaksanakan program itu sejak empat tahun lalu, bertujuan meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka. "Bidang pendidikan menjadi keutamaan bagi saya kerana menjadi asas penting dalam melahirkan lebih ramai modal insan yang berjaya dalam bidang akademik di kawasan ini," katanya kepada BH selepas menyampaikan sumbangan di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Abu Bakar Baginda, di sini hari ini. Yang turut hadir, Guru Besar SK Datuk Abu Bakar Baginda, Wan Nor Fadriah Wan Idris; Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Rosmani Mat Isa dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Mustakim Ibrahim. Kata Shahrum, program bantuan alat tulis itu turut membabitkan pelajar Sekolah Jenik Kebangsaan (SJK) Cina, Tamil dan sekolah Orang Asli yang akan menduduki UPSR bermula 5 sehingga 8 September ini. Beliau juga berharap semua pelajar yang menduduki UPSR akan mencapai keputusan cemerlang, sekali gus menjadikannya batu loncatan untuk terus maju di bidang akademik ke tahap lebih tinggi pada masa hadapan. "Saya sentiasa menghargai golongan pelajar cemerlang di kawasan (Dengkil) ini kerana mereka menjadi aset kepada pembangunan keluarga khususnya dan negara secara am pada masa hadapan. "Pelbagai program lain turut diadakan di kawasan ini bagi membantu pelajar, umpamanya Bantuan Kembali Ke Sekolah selain Anugerah Pelajar Cemerlang bagi UPSR, Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

image

Ahli Dewan Undangan Negeri, Dengkil, Shahrum Mohd Sharif (dua dari kamam) dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Abu Bakar Baginda, Wan Nor Fadriah Wan Idris (kanan) menyampaikan bantuan alat tulis kepada pelajar yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR). -Foto Samadi Ahmad

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/188779


Kemaskini pada 2020-10-12 16:12:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page