PERTANDINGAN ANUGERAH KAMPUNG TRADISI TERBAIK NEGERI SELANGOR PERINGKAT DAERAH SEPANG 2016 |
Tarikh: 15 September 2016 (Khamis) Tempat: Kampung Salak Tinggi Kampung Sungai Merab Kampung Ulu Chuchoh |
Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM18,600.00 bagi pelaksanaan Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Daerah Sepang Tahun 2016 pada 15 September 2016. Sehubungan itu, Unit Pembangunan Masyarakat telah mengadakan penilaian terhadap 3 buah kampung yang telah disenarai pendek iaitu Kampung Salak Tinggi, Kampung Sungai Merab dan Kampung Ulu Chuchoh pada 15 September 2016. Keputusan penilaian tersebut kemudiannya telah dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa bagi Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Daerah Sepang Tahun 2016 peringkat Daerah Sepang yang telah diadakan pada 19 September 2016. Keputusan muktamad adalah seperti berikut: Johan ( Wang Tunai RM10,000.00) Trofi dan sijil RM200.00) Kampung Ulu Chuchoh, Mukim Sepang
Naib Johan (Wang Tunai RM5,000.00) Trofi dan sijil RM200.00) Kampung Salak Tinggi, Mukim Labu
Tempat ketiga ( Wang Tunai RM3,000.00) Trofi dan sijil RM200.00) Kampung Sungai Merab, Mukim Dengkil
Susulan daripada keputusan tersebut, penilaian peringkat Negeri telah diadakan pada 5 Oktober 2016 di Kampung Hulu Chuchoh bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2020-10-12 16:13:42 daripada Administrator