Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU, SUNGAI PELEK, SEPANG 2016

                                                     Tarikh:    12 November 2016 (Sabtu)

                                        Tempat:  Persisiran Sungai Sepang Besar, Pekan Sungai Pelek

 

Program ini merupakan inisiatif Pejabat Daerah/Tanah Sepang yang mendapat sokongan dari Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dalam memelihara dan menggalakkan pertumbuhan pokok bakau di Sungai Sepang Besar.

Hampir 200 orang peserta akan menyertai program ini yang melibatkan jabatan kerajaan dan syarikat swasta antaranya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran Sepang (JPS), Kolej Komuniti, UMW Corporation Sdn Bhd, Sepang Goldcoast Sdn Bhd dan tidak ketinggalan, JKKK Mukim Sepang yang terdiri dari 10 buah kampung dengan sasaran 1,000 anak pokok bakau untuk ditanam.

OBJEKTIF

  • Objektif program ini diadakan, adalah untuk menyemai dan memupuk semangat kecintaan pada alam sekitar di kalangan generasi muda supaya menghargai, menghormati dan memelihara ekosistem yang semakin terjejas dan tercemar.
  • Aktiviti ini antaranya, kegiatan tanaman sulaman bagi menyokong tanaman pokok bakau yang terjejas akibat penebangan haram dan dipukul ombak. Selain daripada itu juga, peserta-peserta juga akan membantu membersihkan sampah sarap di pinggir sungai yang terjejas.
  • Peserta-peserta juga akan didedahkan dengan maklumat jenis pokok bakau yang ada di sekitar sungai serta fungsi atau peranan pokok bakau tersebut terhadap ekosistem alam sekitar di mana taklimat  akan disampaikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

 

image image
image image
image image
image image

 


Kemaskini pada 2020-10-12 16:18:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page