Rumah asnaf terbakar, LZS sedia rumah transitOLEH NAEEM RAFFI SEPANG, 10 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) Sepang menyediakan rumah transit kepada keluarga asnaf miskin apabila kediaman mereka di Kampung Salak Tunggu musnah dalam satu kejadian kebakaran, pada 8 Januari lalu. Menerusi laman facebooknya, LZS memaklumkan pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat kebakaran. “Kami bergegas menziarahi keluarga ini walaupun di luar waktu pejabat dan mengesahkan kejadian tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. “Rumah tersebut adalah milik asnaf miskin kami, kebakaran memusnahkan keseluruhan rumah,” katanya. Dalam pada itu, LZS menzahirkan ucapan takziah buat keluarga terbabit dan mendoakan mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan. |
![]() |
Kemaskini pada 2020-10-13 10:27:04 daripada Administrator