SEJARAH DAERAH SEPANG
|
Daerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan bersempadan dengan Daerah Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.Jika dilihat dari pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk seperti hulu sebatang keris, memanjang ke arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban disempadan sebelah timur sehingga ke kampung Sg. Buah/Bukit Unggul. Di sebelah baratnya pula, adalah Daerah Kuala Langat, sementara Daerah Petaling menjadikan jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka menghadap Selat Melaka. |
Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang. Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasam-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975 . Semasa awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di Pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan telah memilih Daerah Sepang untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) pada 26 Ogos 1983 . Bandar Baru Salak Tinggi juga dikenali sebagai Bandar Lapangan Tebang (Airport City). Bandar Baru Salak Tinggi seluas 896 hektar sedang giat dibangunkan terutama melalui penswastaan supaya ianya menjadi setaraf serta mampu menyokongi projek-projek daerah lain. Selain daripada bangunan kerajaan, banyak kawasan-kawasan perumahan baru telah dibina dan kilang-kilang dibuka. Bandar ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan awam yang diperlukan oleh rakyat seperti perpustakaan, kolam renang dan sebagainya.
|
Pusat Pentadbiran Daerah Sepang - Dahulu Pusat Pentadbiran Daerah Sepang - Sekarang |
|
Kemaskini pada 2022-12-01 17:44:33 daripada Administrator