Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Soalan Lazim Portal Unit Pembangunan Tanah

 

SOALAN 1:    Apakah permohonan yang boleh dibuat di Unit Pembangunan Tanah?

JAWAPAN:     • Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Tanah Seksyen 204B KTN

      • Permohonan Secara Serentak Pecah Sempadan Dan Mengubah Kategori Kegunaan Tanah Serta Meminda Syarat Tanah Seksyen 124A KTN

      • Permohonan Mengubah Kategori Kegunaan Tanah Serta Meminda Syarat Nyata Tanah Seksyen 124 (1) (a) dan (c) KTN

      • Permohonan Penyatuan Tanah Seksyen 148 KTN

      • Permohonan Pecah Sempadan Seksyen 137 KTN

      • Permohonan Penyatuan Tanah Seksyen 148 KTN

      • Permohonan Pecah Sempadan Seksyen 137 KTN

      • Permohonan Pecah Bahagian Seksyen 142 KTN

      • Permohonan Serah Sebahagian Seksyen 200 KTN

      • Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula Seksyen 197 dan 76 KTN

      • Pengambilan Tanah Akta Pengambilan Tanah 1960

 

SOALAN 2:       Apakah perbezaan pecah sempadan dengan pecah bahagian?

 JAWAPAN:       Pecah sempadan – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau sementara sambungan dari hakmilik tetap dipecah kepada 2 atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya                                        dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuan-tuan punya bersama yang sama.

                          Pecah bahagian – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau dibawah hakmilik sementara sambungan dari hakmilik tetap yang dipegang oleh 2 orang atau lebih sebagai                                        tuanpunya bersama adalah dipecah bahagiankan supaya tertakluk pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu di bawah satu hakmilik yang berasingan.

             

SOALAN 3:      Siapakah yang boleh memohon untuk tujuan Pembangunan Tanah?

JAWAPAN:       • Tuan tanah (Pemilik Berdaftar

                          • Pemegang Amanah Atau mana-mana orang yang diberi kuasa atau kebenaran oleh tuan tanah

 

SOALAN 4:      Apakah kaedah yang digunakan untuk pengenaan premium?

JAWAPAN:      Pentadbir Tanah akan merujuk ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi mendapatkan nilaian tanah dan pengiraan premium akan dikenakan berdasarkan Kaedah Tanah                          Selangor 2005 (Pindaan 2007)

 

SOALAN 5:       Adakah rayuan pengurangan premium atau bayaran secara ansuran masih dibenarkan?

JAWAPAN:       Mengikut Pekeliling PTG Bil. 1/2016, Rayuan pengurangan premium dan bayaran premium secara ansuran tidak dibenarkan dan Pentadbir Tanah diberi kuasa untuk menolak rayuan                              tersebut secara penolakan terus 'summary rejection' tanpa perlu dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

             

SOALAN 6:       Apakah jenis pembangunan yang memerlukan Kebenaran Merancang?

JAWAPAN:        Kesemua pembangunan yang melibatkan kerja penukaran kegunaan tanah atau bangunan, pemecahan sempadan dan penyatuan tanah adalah memerlukan Kebenaran Merancang                                 untuk memudahkan urusan permohonan.

             

SOALAN 7:       Berapakah kos yang diperlukan?

JAWAPAN:        i) Pendaftaran mengikut permohonan dan keluasan (boleh merujuk kepada senaraisemak / ‘checklist’)

     ii) Carian rasmi RM 50.00 bagi 1 hakmilik

     iii) Kos tidak termasuk urusan penyediaan pelan dan LCP oleh Jurukur dan/atauJururancang Bandar

     iv) Borang dan sebarang pertanyaan boleh diperolehi di kaunter Unit Pembangunan Tanah

             

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain, boleh menghubungi Unit Pembangunan Tanah di talian 03-87061211

 

 


Kemaskini pada 2018-12-26 10:36:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page