|
|
LORI tangki mengagihkan air kepada penduduk yang terjejas baru-baru ini ekoran kerja-kerja penggantian peralatan di Loji Rawatan Air Semenyih. KUALA LUMPUR 11 Okt. - Gangguan bekalan air yang melanda empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang ekoran kerja-kerja penggantian peralatan di Loji Rawatan Air Semenyih kini pulih sepenuhnya. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan kerana bersabar dan memberi kerjasama sepanjang gangguan bekalan air. “Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor atau Twitter @air_selangor.” katanya dalam kenyataan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
|
Kemaskini pada 2020-10-13 10:32:41 daripada Administrator