Pada 6 Mac 2013 (Rabu) Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah/ Tanah Sepang yang dihoskan oleh Unit Pelupusan Tanah, Bahagian Tanah telah diadakan di Bilik Seminar Pejabat Daerah Sepang.
Majlis tersebut telah dimulakan dengan sesi perkongsian informasi dari setiap wakil bahagian.
Bahagian Khidmat Pengurusan diwakili oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sepang iaitu Puan Siti Noorliza binti Md. Salleh, Bahagian Pembangunan diwakili oleh Puan Luraashy binti Hassim dan Bahagian Tanah telah diwakili oleh Encik Muhammad Saad Bin Arshad.
Selain itu, terdapat juga sesi perkongsian ilmu Knowledge Sharing yang telah disampaikan oleh Encik Azri Effendy bin Abu Sujak dari Unit Pelupusan Tanah.
Kemaskini pada 2020-10-13 09:53:14 daripada Administrator