HULU SELANGOR - Lima nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terlanggar pengadang jalan raya di KM 428.5 Lebuhraya Plus Arah Selatan, di sini, malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.04 malam.

"Laporan awal kejadian dapati sebuah kereta Proton Persona telah melanggar pengadang  jalan raya dan mengakibatkan kebakaran pada kereta tersebut.

"Anggota operasi kemudian bertindak memadamkan kebakaran kereta dan dapati terdapat seorang lelaki dewasa, seorang lelaki kanak-kanak, dua perempuan dewasa dan seorang perempuan kanak-kanak.

"Kemalangan ini juga menyebabkan sebuah motosikal Honda telah terbabas kerana  mengelak kenderaan itu," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.      Katanya lagi, operasi  yang itu melibatkan enam anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba Penyelamat Kubu Bharu