Khas Untuk Pengguna [ x ]


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

alt
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
alt  alt

pdthl

alt   

alt    alt    alt   

Soalan Lazim Unit Hasil

Q1 Apakah itu cukai tanah/cukai petak?

Cukai Tanah ditafsirkan sebagai “sewa” di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai
i) apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
ii) apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang, mengikut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklan dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
iii) apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.

Cukai petak pula adalah cukai yang dikenakan bagi setiap hakmilik strata, unit/petak untuk bangunan yang bertingkat contohnya Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse atau rumah kedai. Cukai petak telah dikuatkuasakan di Negeri Selangor bermula Jun 2018.

Q2 Siapakah yang perlu menjelaskan cukai tanah/cukai petak?
Merujuk kepada Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965, setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah tahunan.

Q3 Bilakah anda perlu menjelaskan cukai tanah/cukai petak?  

Merujuk Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai tanah perlu dijelaskan mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Denda lewat dikenakan bermula 1 Jun bagi tahun tersebut.

Q4 Apa yang berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan?
Fi tunggakan akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah

Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut,
maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil

 Q5 Apakah implikasi jika gagal menjelaskan cukai tanah? 
Sekiranya pihak tuan didapati masih CUAI, ENGKAR dan GAGAL menjelaskan cukai tertunggak tersebut, maka Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berhak membuat tindakan penguatkuasaan mengikut Sek.97 dan 98 yang mana hartanah pihak tuan akan dirampas mengikut Sek.100 Kanun Tanah Negara 1965.

 Q6 Dimanakah saya boleh membayar cukai tanah?   

Cukai tanah boleh dibayar :

  1. Di kaunter Pejabat Daerah/Tanah dan Pejabat Tanah & Galian Selangor .
  2. Pembayaran boleh dibuat melalui kiriman wang/wang pos dan bank draf sahaja di atas nama “Bendahari Negeri Selangor”
  3. Selain itu pembayaran boleh dibuat dikaunter-kaunter seperti berikut secara tunai dan mempunyai bil terkini sahaja:
  1.  Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Negeri Selangor.
  2. Kaunter Pejabat Pos seluruh Malaysia
  1. Pembayaran juga boleh dibuat secara online melalui perkhidmatan FPX di https://ehasil.selangor.gov.my
  2. Portal bank, Maybank2U.com dan CIMB clicks > pay bill> Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor > masukkan nombor akaun cukai


 Q7 Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya tidak menerima bil cukai tanah? 

Sebarang pertanyaan atau semakan Bil Cukai Tanah boleh merujuk mana-mana Pejabat Daerah Tanah yang berkaitan atau menghubungi  talian 03 89251992 samb. 1180,1190,1260,1250,1130,1120,1220,1140,1170,1160 di unit Hasil PTD Hulu Langat.

 

Atau boleh membuat semakan secara online di https://ehasil.selangor.gov.my

Q8 Bagaimana ingin membuat semakan cukai tanah/cukai petak?

Semakan cukai tanah merujuk Nombor Akaun Bil Cukai Tanah atau Nombor Hakmilik, No Lot/PT dan Mukim.

Contoh: Daerah Hulu Langat Mukim Cheras Nombor hakmilik

HSD 9705 No.Lot/Pt 1038.

Bagi semakan cukai petak pula, pemilik perlu mengetahui nombor Hakmilik Strata yang lengkap iaitu Daerah, Mukim, Nombor hakmilik, No. Bangunan,No. Petak, No. Tingkat dan No.Lot/Pt.

Contoh: Daerah Hulu Langat Mukim Bandar Ampang Nombor hakmilik

PM1011 M1/3/35 No. Lot/Pt 26770.

Q9 Bagaimana ingin mendapatkan maklumat nombor hamilik bagi sesuatu  harta itu? 

Maklumat hakmilik boleh didapati pada Geran, Dokumen Jual Beli, Pemaju atau Perbadanan Pengurusan..

Q10 Adakah sama nombor hakmilik bagi harta yang berbeza? 

Nombor hakmilik bagi sesuatu harta adalah berbeza

Q11 Perlukan anda mengemaskini alamat surat menyurat Bil Cukai Tanah/Cukai Petak?

Ya, anda perlu mengemaskini alamat surat menyurat untuk mengelakkan kegagalan menerima bil cukai tanah/cukai petak setiap tahun . Kegagalan pemilik mengemaskini alamat bil cukai tanha boleh dikenakan Denda tidak melebihi RM1000 atau Penjara tidak melebihi 6 bulan mengikut Seksyen 429(d) KTN 1965


Q12 Bagaimana ingin mengemaskini alamat surat menyurat?

Anda perlu mengisi atau memuat turun Borang Pemberitahuan Pertukaran Alamat (borang 26A)

di http://ptg.selangor.gov.my atau mana-mana Pejabat Daerah Dan Tanah.

 


Kemaskini pada 2021-09-03 11:17:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page