FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
BIL.
|
NAMA UNIT
|
FUNGSI
|
1. | Pembangunan Tanah |
Permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah. Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah. Permohonan ubah syarat, pecah sempadan/bahagian tanah. Permohonan penyatuan tanah. Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pada pertanian kepada industri. Pemberian milik tanah di bawah Akta Tanah. Memproses permohonan pecah sempadan/bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik.
|
2. | Pelupusan |
Permohonan tanah biasa oleh orang perseorangan/ swasta, Jabatan Kerajaan yang kurang dari 10 ekar. Permohonan tanah besar-besaran berkelompok. Permohonan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lombong (SL/PL). Permohonan tanah di bawah dasar penswastaan. Permohonan rayuan pengurangan premium. Permohonan pecah bahagian bangunan dan pendaftaran hakmilik strata.
|
3. | Pendaftaran |
Mendaftar hakmilik tanah. Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga. Menerima suratcara urusniaga/bukan urusniaga. Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan. Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam dokumen Hakmilik Daftar Komputer. Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal. Menyediakan Sijil Carian Rasmi dan Carian Persendirian bagi tanah milik. Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga.
|
4. | Perundangan |
Menyemak semula prosedur-prosedur kerja supaya prosedur kerja yang diguna pakai di Bahagian Tanah adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukannya berdasarkan tradisi / amalan biasa. Memantau perjalanan kes-kes saman berkaitan dengan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di Makhamah. Mewujudkan kesedaran dikalangan kakitangan dan pelanggan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat akan kepentingan mematuhi peruntukkan undang-undang dan kesan sekiranya melanggar peruntukkan tersebut. Memantau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Menyelaras hal-hal perundangan di daerah dengan pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri dan Bahagian Dasar dan Perundangan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Menjadi urusetia Inventori masalah Rakyat (IMR). Menyelaras aduan-aduan awam terhadap urusan-urusan berkaitan tanah dan Pentadbiran Daerah Hulu Langat.
|
5. | Teknikal & Penguatkuasaan |
Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai. Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah melalui penswastaan dan pengambilan balik tanah. Urusetia Jawatankuasa Khas Pengambilan balik tanah. Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit. Menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan.
|
6. | Hasil |
Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan. Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat. Menyelaraskan Laporan Pungutan Hasil bulanan. Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan. Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah.
|
Kemaskini pada 2018-01-15 09:39:08 daripada Administrator