Khas Untuk Pengguna [ x ]

qrcode


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
jata   pdthl

   

           

LZS-MAIWP KERJASAMA BANTU KELUARGA DERITA PENGLIHATAN

berita

SHAH ALAM, 28 JUL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) komited bekerjasama membantu keluarga menghidap masalah penglihatan.

LZS menerusi kenyataannya di Facebook memaklumkan, bantuan seperti perubatan dan keperluan asas akan diberikan kepada keluarga terbabit bagi meringankan beban mereka.

Katanya, suami kepada keluarga berkenaan dipercayai menghidap masalah penglihatan dan hanya sebelah mata sahaja berfungsi pada kadar 20 peratus manakala, sebelah lagi rosak keseluruhan.

“Manakala isteri seorang saudara baru (muallaf) juga menghidap masalah sama iaitu rosak penglihatan (retina).

“Namun, selepas setahun mendirikan rumah tangga pasangan ini diuji lagi apabila anak yang baru sahaja dilahirkan menghidap masalah kanser mata iaitu jenis (Retinoblastoma),” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan, anak pasangan berkenaan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah dua kali menjalani sesi kemoterapi

Katanya, pasangan itu cuma menerima RM400 bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan suami hanya bekerja sebagai tukang urut manakala, isteri tidak bekerja kerana perlu menjaga anak di hospital.

“Sejurus menerima aduan, Skuad Saidina Umar LZS turun segera menemui keluarga ini di Hospital Pakar Wanita dan Kanak-Kanak HKL.

“LZS akan bekerjasama dengan Baitulmal MAIWP untuk membantu keluarga ini supaya keperluan mereka terjamin dan terbela khususnya soal perubatan dan keperluan asas.

“Bersamalah kita mendoakan semoga pasangan ini dan anaknya dikurniakan kesihatan dan kesembuhan serta dipermudahkan Allah sentiasa,” katanya.


Kemaskini pada 2019-08-28 15:53:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  

PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Kompleks Pentadbiran Daerah
Persiaran Pusat Bandar, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi

Tel      : 03 89251992

emel : aduanpdthl@selangor.gov.my

 

Dasar Privasi & Keselamatan  |  Hakcipta
Hakcipta © 2016 Pejabat Daerah Tanah Hululangat
Paparan terbaik : IE9 keatas, Firefox 11 keatas, Google Chrome beresolusi 1280 x 720