Khas Untuk Pengguna [ x ]


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

alt
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
alt  alt

pdthl

alt   

alt    alt    alt   

Ibadah korban, 425 ekor lembu diagih kepada masjid dan surau

image

 

SHAH ALAM, 4 JULAI: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak 425 ekor lembu untuk ibadah korban kepada masjid, surau Jumaat dan surau kariah yang mencatat kutipan rendah sempena Hari Raya Aidiladha.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata sumbangan melibatkan 332 masjid, 31 surau jumaat dan 62 surau kariah membolehkan daging diagih kepada golongan berpendapatan rendah.

“Kerajaan Negeri melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersetuju menyumbang 425 ekor lembu. Agihan dilakukan pejabat agama Islam daerah setelah perbincangan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Kita mahu agihan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak atau penduduknya berpendapatan rendah,” katanya ditemui pada Seminar Pemantapan Sembelihan Halal Qurban di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi yang juga wakil rakyat Sungai Kandis memaklumkan pihaknya mengagihkan 20 ekor kambing dan empat lembu di sekitar kawasan tersebut.

“Agihan akan dibuat dalam masa terdekat dan diberikan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), surau-surau terpilih yang komunitinya tidak ramai,” katanya.

Pada 19 Jun, Dato’ Menteri Besar memaklumkan sebanyak 660 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bernilai RM5.05 juta diagihkan untuk ibadah korban tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu diperoleh daripada GLC, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan pelbagai agensi lain.

 


Kemaskini pada 2022-07-04 15:59:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page