Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

24 jam beroperasi tanpa henti

24 jam beroperasi tanpa henti

Perkhidmatan dobi Laundrybar di Bukit Sentosa menjadi tumpuan orang ramai ketika musim hujan.

BUKIT SENTOSA - Perkhidmatan dobi layan diri menjadi tumpuan orang ramai berikutan cuaca mendung dengan hujan berlanjutan sejak kebelakangan ini.

Pengusaha dobi LaundryBar, Hazmal Hassan berkata, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan di dobi berkenaan meningkat tiga kali ganda terutama bagi penggunaan mesin pengering.

Menurutnya, terdapat enam mesin pencuci dan enam pengering namun tidak dapat menampung penggunaan sehingga beroperasi 24 jam tanpa henti.

“Kebiasaan hanya lebih kurang 50 pelanggan setiap hari tapi sejak tiga hari lepas meningkat hampir 200 orang sehari yang rata-rata terpaksa menunggu giliran walaupun pada lewat malam.

“Perkara sebegini memang sudah dijangka apabila cuaca mendung berterusan dan kami menghargai di atas kerjasama pelanggan menggunakan perkhidmatan dobi dengan berhemah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bagaimanapun sentiasa memantau penggunaan mesin bagi mengelak sebarang kerosakan serius kerana mesin terpaksa beroperasi tanpa henti.

Seorang suri rumah, Wan Ainor Basyira Wan Kamarudin, 33, berkata, dia mengakui bukan pelanggan tetap yang menggunakan perkhidmatan mencuci dan mengeringkan pakaian di dobi.

“Pakaian di cuci di rumah tak kering sebab cuaca sejuk dan mendung sampaikan terpaksa dipanaskan menggunakan seterika. Tapi, tak semua boleh diseterika jadi saya terpaksa angkut semua pakaian ke dobi untuk dikeringkan.

“Kalau tak, pakaian berbau sebab lembap. Di dobi pula terpaksa tunggu lama sebab satu mesin selesai lebih kurang 30 minit, tapi tak ada pilihan,” katanya.


Kemaskini pada 2018-01-15 09:18:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page