Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lelaki hilang di Jerantut, jumpa di KKB

Lelaki hilang di Jerantut, jumpa di KKB

 

KUALA KUBU BHARU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Jerantut, Pahang sejak sembilan hari lalu dijumpai di surau Kampung Pertak, di sini.

Lelaki yang mengalami masalah kemurungan itu, Mohd Saifuddin Ahmad, 33, dilihat menolak motosikal ke surau kampung berkenaan dalam keadaan tidak terurus sebelum penduduk menghubungi pihak polis.

Anak saudara, Mohd Aiman Sufian Mohd Sufi, 20, berkata, bapa saudaranya yang tinggal bersama datuk di Felda Sungai Tekam Utara difahamkan keluar rumah pada 7 Januari lalu dengan menunggang motosikal.

 

 

 
 

Menurutnya, kebiasaan bapa saudara itu keluar untuk membeli rokok dan segera pulang ke rumah namun tidak berbuat demikian sehingga lewat malam pada hari kejadian.

"Esoknya datuk membuat laporan polis dan kami muat naik mengenai kehilangan bapa saudara yang saya panggil Pak Tam ke media sosial bagi meminta bantuan orang ramai.

"Semalam dalam pukul 3 petang, pemilik kedai tempat motosikal itu dibeli menghubungi datuk memaklumkan ada orang jumpa Pak Tam di Kuala Kubu Bharu (KKB).

image
Motosikal ditunggang mangsa dipercayai kehabisan minyak dan ditolak sehingga ke surau tersebut.

"Kami meminta sepupu di Gombak untuk pergi ke Kampung Pertak untuk pengesahan sebelum sepupu bawa balik Pak Tam ke Gombak dan saya ambil bawa pulang ke Jerantut, pagi tadi," katanya.

Aiman berkata, menurut pihak polis, Pak Tam dijumpai penduduk di surau kampung berkenaan sebelum penduduk membuka tempat duduk motosikal bagi mencari sebarang dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, terdapat resit pembelian motosikal sebelum penduduk menghubungi nombor telefon kedai itu bagi mengenal pasti waris lelaki tersebut.

"Penduduk kampung beri Pak Tam makan dan pakaian kerana keadaan Pak Tam tidak terurus selain tidak dapat mengingati apa yang sedang berlaku.

"Dia tidak bercakap apa ke mana dia pergi dan lebih berdiam diri namun kami bersyukur kerana Pak Tam selamat.

"Terima kasih kepada penduduk Kampung Peretak di atas keprihatinan dan pihak polis yang membantu kami sekeluarga," katanya.


Kemaskini pada 2018-01-17 08:19:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page