Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sediakan menu ikut syarat tender

 

Sediakan menu ikut syarat tender

 
Sediakan menu ikut syarat tender
 
Senarai menu dan harga yang diletakkan di kantin sekolah untuk memudahkan pelajar membeli makanan ketika waktu rehat.

HULU SELANGOR - Pengusaha kantin sekolah mematuhi menu makanan dengan harga dipersetujui pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan mengambil kira kos bahan mentah.

Seorang pengusaha kantin di sebuah sekolah di sini yang mahu dikenali sebagai Kak Roslina berkata, dia mengusahakan penyediaan makanan di kantin sekolah sejak 16 tahun selepas dua tahun memegang tender bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, terdapat 10 menu makanan yang disediakan, namun hanya enam sahaja diperuntukkan setiap hari dengan harga RM1 sepinggan.

“Antaranya bihun sup, mi kari, mi bandung, mi hailam, laksa, kuey teow goreng, mi dan bihun goreng, nasi lemak dan bihun tomyam.

 

“Bagi kuih-muih dijual 40 sen sebiji, manakala air sirap cawan kecil 30 sen dan 50 sen untuk cawan besar.

“Menu untuk guru berlainan yang kebanyakan nasi campur dengan mengikut harga semasa. Saya juga sediakan makanan untuk pelajar yang mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) seperti mana menu ditetapkan kementerian,” katanya.

Roslina berkata, sekolah berkenaan mempunyai kurang daripada 500 pelajar dan jumlah makanan yang dijual terhad setiap hari bergantung kepada tahap pembelian.

Menurutnya, keuntungan diterima tidak seperti berniaga kedai makan di luar tetapi memadai bagi menampung kos pengurusan dan membayar gaji pekerja.

“Di sekolah juga tidak boleh jual makanan tidak berkhasiat seperti nuget, ayam goreng dan makanan ringan lain.

“Kebiasaannya setiap hari jumlah bahan mentah digunakan sebanyak empat kilo beras untuk nasi lemak, mi goreng tujuh kilo dan kuey teow 10 paket yang sudah mencukupi bagi menampung keperluan pelajar.

“Pihak kesihatan sentiasa memantau perkara ini, selain mengutamakan aspek kebersihan bagi mengelak kes keracunan makanan,” katanya

Roslina berkata, sepanjang menjadi pengusaha kantin, dia sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan kerana tahap pengurusan ditentukan melalui sistem pemarkahan.

Dia turut mengakui terdapat kenaikan harga makanan di kantin sekolah berikutan peningkatan kos bahan mentah yang dipengaruhi faktor kos sara hidup semasa.

Dalam pada itu, seorang ibu, Norazliza Mat Aris, 33, berkata, harga makanan di kantin sekolah sememangnya mahal, namun aspek kebersihan dianggap belum berada di tahap cemerlang.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan dia mengambil inisiatif menyediakan bekalan makanan kepada anak untuk ke sekolah pada setiap hari.

“Anak saya tidak boleh makan pedas dan mudah sakit perut maka setiap hari, saya bangun awal untuk sediakan makanan.

“Menu biasa ikut kegemaran anak berasaskan mi seperti spageti dan makaroni dengan sosnya saya buat sendiri, bukan beli dalam tin. Buah adalah wajib, selain air minum kurang manis. Anak lebih suka bawa bekal kerana kurang gemar makanan di kantin sekolah,” katanya.

Norazliza berkata, walaupun sibuk dengan urusan kerja yang dijalankan ia bukan halangan untuk menyediakan makanan tersebut selain lebih jimat berbanding anak berbelanja di sekolah.


Kemaskini pada 2018-01-25 14:09:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page