Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Api misteri mungkin sebab saka

Api misteri mungkin sebab saka

Getah pelapik mesin senaman di dalam bilik gymnasium yang terbakar dalam kejadian terbaharu, semalam

BUKIT BERUNTUNG - Misteri kejadian barang terbakar secara tiba-tiba yang berlaku di Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung berkemungkinan mempunyai kaitan dengan belaan saka.

Pengasas Pusat Rawatan Islam al-Qalam, Datuk Seri Baharudin Abu berkata, beliau pernah berdepan dengan kes sedemikian di Kelantan yang berpunca daripada perbuatan syirik itu.

Menurutnya, saka yang diperturunkan ahli keluarga terdahulu berkemungkinan 'marah' selepas pewaris bertaubat.

 

 

 
 
 

"Bagi kes di Rumah Teduhan Kasih ini, saya berpendapat ia juga mempunyai kaitan dengan saka melibatkan salah seorang penghuni di sana.

"Apabila sudah bertaubat, saka yang dibela sukar untuk berdamping dan 'marah' sehingga menyebabkan kejadian terbakar seperti yang berlaku sekarang.

"InshAllah saya akan berkunjung ke rumah tersebut dan cuba membantu," katanya.

image

Sementara itu, pengurus rumah berkenaan, Hilman Razali berkata, kejadian barang terbakar masih membelenggu penghuni yang memasuki hari kelapan, semalam.

Menurutnya, kejadian terbaharu berlaku kira-kira jam 4.30 petang semalam membabitkan getah pelapik sebuah mesin senaman di bilik gymnasium.

"Semua bilik di dua kediaman yang menempatkan 37 penghuni dan lapan kakitangan itu dikosongkan bagi mengelak insiden kebakaran merebak.

"Sebahagian barang sudah dipindahkan ke pejabat utama di Cheras manakala hanya 19 penghuni berada di sini bagi membantu pemantauan.

"Hari ini (semalam) sudah masuk hari kelapan dan misteri barang terbakar seperti baju, kerusi, beg, kasut, langsir, tilam dan bantal masih menyelebungi kami,"katanya


Kemaskini pada 2018-02-05 10:31:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page