Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Meninggal kerana sesak nafas

Meninggal kerana sesak nafas

 
 

BATANG KALI - Laporan hasil bedah siasat ke atas mayat seorang pemuda yang ditemui di Sungai Lembah Genting semalam mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dan lemas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, siasatan mendapati tiada kesan bahan letupan di lokasi kejadian, hanya terdapat luka kecil di badan mangsa dipercayai akibat tergelincir.

“Bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

image
Zulhairi Naim Kasri

“Dipercayai tiada sebarang unsur jenayah termasuk dakwaan yang mengaitkan kematian mangsa dengan perbuatan bom ikan namun siasatan lanjut giat dijalankan,”katanya.

Mangsa, Zulhairi Naim Kasri, 23, berasal dari Hulu Rening Batang Kali ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Sungai Lembah Genting, kira-kira jam 3.09 petang semalam.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Bomba Mustakim Rimon berkata, mangsa ditemui oleh orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian di kawasan berpasir berhampiran aliran sungai.

Menurutnya, seramai 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan dari Hospital Kuala Kubu Bahru ketika anggota bomba berada di lokasi,”katanya.


Kemaskini pada 2018-02-26 08:11:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page