Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Peniaga bazar Ramadan Minta Maaf

Peniaga bazar Ramadan minta maaf

Harun (empat, kiri) mewakili peniaga lain memohon maaf kepada MDHS di atas insiden yang berlaku itu.
 
 

 

KUALA KUBU BHARU - Peniaga Bazar Ramadan Bandar Bukit Sentosa memohon maaf kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) berhubung kekecohan yang berlaku pada 21 Mei lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di tapak bazar Ramadan itu, beberapa peniaga membantah arahan anggota penguat kuasa MDHS agar tiada barang niaga ditinggalkan selepas tamat berniaga setiap hari.

Situasi tersebut menyebabkan berlakunya ketegangan antara kedua belah pihak dan satu laporan polis dibuat pihak MDHS atas dakwaan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Ketua peniaga, Harun Abdul Karim berkata, insiden tercetus akibat salah faham namun tidak melibatkan sebarang kekasaran atau sentuhan fizikal di kedua-dua belah pihak. 

Menurutnya, peniaga sedia maklum mengenai syarat ditetapkan MDHS namun campur tangan pihak ketiga menyebabkan salah faham itu berlaku.“Maka hari ini (semalam) saya bersama tiga peniaga bagi mewakili peniaga lain hadir ke MDHS untuk memohon maaf di atas apa yang berlaku.

“Kami dengan rendah diri berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan akan mematuhi segala syarat yang ditetapkan MDHS berkaitan operasi perniagaan di bazar Ramadan,” katanya. Permohonan maaf dibuat kepada Setiausaha MDHS, Awaluddin Zakaria dan disaksikan Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Huid bersama seorang peguam.

Awaluddin berkata, semua syarat atau peraturan adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Ahli MDHS tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuk larangan tidak membenarkan barang niaga ditinggallan selepas tamat berniaga. “Lokasi bazar ini berdekatan laluan jalan raya dan peraturan ditetapkan itu bagi mengelak gangguan trafik dan mengutamakan aspek kebersihan.“Pihak MDHS menerima permohonan maaf tersebut dan diselesaikan secara baik,” katanya.


Kemaskini pada 2018-05-31 12:24:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page