Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Dua remaja perempuan terperangkap di ladang sawit

Dua remaja perempuan terperangkap di ladang sawit

Mangsa yang berjaya diselamatkan. (Gambar kecil: Keadaan ladang sawit yang dinaiki air.)
 

KUALA KUBU BHARU - Dua remaja perempuan yang dilaporkan terperangkap di ladang kelapa sawit Paya Lebar Felda Soeharto akibat semua laluan keluar dinaiki air, berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat, malam tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, kedua-dua remaja berkenaan, Nurul Izzah Amir Hashim, 13, dan Noressyarenny Shariff, 13, dipercayai terperangkap di kawasan ladang itu selepas hujan lebat sejak petang semalam.

“Pasukan bomba dan penyelamat termasuk polis serta sukarelawan seramai 24 orang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 6.49 petang dan membuat pencarian pada jarak dua kilometer di kawasan berhampiran.

“Sekitar jam 8.04 malam, kita menerima maklumat daripada anggota penyelamat yang menjumpai mangsa berhampiran kandang lembu di ladang sawit berkenaan.

“Kemudian kita teruskan dengan operasi mengeluarkan mangsa ke kawasan selamat. Kira-kira jam 8.50 malam, semua anggota penyelamat bersama kedua-kedua remaja tersebut selamat dikeluarkan,” katanya.


Kemaskini pada 2018-06-01 09:06:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page