Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Janji atasi gangguan bekalan air di musim raya

Bekalan air

Gambar hiasan
 

HULU BERNAM - Masalah gangguan bekalan air di tanah rancangan Felda dekat sini yang berlaku ketika musim perayaan akan diatasi melalui  perancangan jangka panjang dengan menggantikan paip lama.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, masalah tersebut berlarutan sejak beberapa tahun lalu berikutan penggunaan tinggi selain terdapat kebocoran paip.

Menurutnya, paip lama tidak dapat menampung tekanan tinggi itu perlu diganti namun kos tersebut melibatkan peruntukan yang akan dimohon kepada kerajaan Persekutuan.

“Pada hari raya baru-baru ini memang ada gangguan bekalan air tapi kawasan yang terjejas, saya sudah minta pihak Pengurusan Air Selangor menghantar bekalan air secukupnya.

“Situasi ini akan diberi perhatian dan saya akan kemuka permohonan mendapatkan peruntukan agar gangguan ini dapat diatasi  demi kepentingan masyarakat,” katanya pada majlis sambutan hari raya di Felda Gedangsa.

June berkata, warga Felda menerima baik pentadbiran baharu Pakatan Harapan termasuk sokongan golongan belia dalam program setempat.


Kemaskini pada 2018-06-25 14:10:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page