Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sembunyi bawah tangga stesen bas

Pihak keluarga meminta bantuan orang ramai menjejaki kehilangan anaknya sebelum dijumpai dalam tempo

Pihak keluarga meminta bantuan orang ramai menjejaki kehilangan anaknya sebelum dijumpai dalam tempoh kurang 24 jam.
 

BUKIT BERUNTUNG - Gara-gara merajuk dengan ibunya, seorang gadis nekad lari dari rumahnya di sini.

Pelajar berkenaan berusia 17 tahun itu dikatakan keluar dari rumah di Taman Widuri 2 pada sebelah pagi untuk ke sekolah dan sepatutnya pulang jam 6 petang.

Berita kehilangan pelajar itu tular di media sosial sejak malam kejadian selepas pihak keluarga meminta bantuan orang ramai bagi menjejaki pelajar terbabit.

Bapanya, Wan Abdul Halim Wan Chik, 53, berkata,  dia membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa kira-kira jam 10.30 malam hari kejadian kerana bimbang keselamatan anak bongsu daripada lima beradik itu.

“Cikgu beritahu anak saya memang datang ke sekolah kelmarin dan ada tuisyen pada sebelah petang sebelum difahamkan ke rumah rakan untuk berhari raya.

“Pagi tadi (semalam), saya pergi sekolah berjumpa pengetua dan cikgu untuk mencari anak tapi tak jumpa sebelum saya ke stesen bas Smart di Bukit Sentosa.

“Saya bertemu seorang pemandu bas bernama Basri dan meminta tolong dia tengok dekat mana-mana perhentian stesen bas sekitar sini, mana tahu nampak anak saya,” katanya.

Wan Abdul Halim berkata, dia turut berusaha mencari di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntungdengan keyakinan anaknya tidak pergi jauh kerana tidak mempunyai wang.

Menurutnya, kira-kira jam 1.10 petang, dia dihubungi pemandu bas tersebut yang memaklumkan menjumpai anaknya di stesen bas Pekan Kuala Kubu Bharu.


Kemaskini pada 2018-07-09 08:14:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page