Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Miliki program Ijazah sendiri

Miliki program ijazah sendiri
Seramai 732 graduan menerima diploma dan sijil pada majlis istiadat konvokesyen itu.

KUALA KUBU BHARU - Kerajaan PH akan meneruskan pelaksanaan dasar sedia ada berkaitan institusi tahfiz termasuk Dasar Pembiayaan Hafiz dan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, tiada sebarang dasar akan dimansuhkan sebaliknya usaha menambah baik akan dipertingkatkan ke arah memperkasakan institusi tahfiz.

Menurutnya, negara ini mempunyai dasar pentadbiran Islam dengan salah satu terasnya adalah Modul Malaysia dan penubuhan Darul Quran Jakim merupakan institusi yang tersedia ada di bawah modul tersebut.

"Darul Quran melahirkan para hufaz dan hafiz profesional maka kita akan meningkatkan rangkaian dengan rakan strategik seperti Universiti Islam Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Politeknik dan sebagainya.

"Rakan strategik ini bukan sahaja bantu sediakan para hufaz tetapi secara strategik lahirkan hufaz profesional sebagai jurutera, doktor, pentadbir dan banyak lagi.

"Modul ini yang ingin kita tunjuk bahawa negara mampu melahirkan golongan hufaz dan menjadi ikutan negara lain mengikut Modul Malaysia," katanya selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran Jakim Kali Ke-27, semalam.

Mujahid berkata, Darul Quran kini dalam usaha perbincangan bersama Menteri Pendidikan bagi menjalankan program ijazah sendiri walaupun dikawal selia oleh Jakim.

Menurutnya, usaha tersebut berdasarkan peranan Darul Quran sebagai Ketua Teras Pengiktirafan dan Pensijilan Kursus dalam bidang tahfiz seperti mana dipertanggungjawabkan di bawah DPTN.

"Institusi ini ditubuhkan sejak 1996 dan merupakan satu aset besar, maka ia akan diperkemas serta diperkukuhkan sehingga mencapai institusi tahfiz bertaraf dunia.


Kemaskini pada 2018-08-12 16:24:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page