HULU SELANGOR - Tiada kenderaan terlibat atau mangsa tercedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Monorail 1 berdekatan Kilang Scomi, petang tadi.

Pokok sebesar satu pemeluk lelaki dewasa dengan diameter dianggar lebih 50 sentimeter itu tumbang ketika angin kuat beserta hujan dan melintang di jalan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.26 petang.

Menurutnya, sembilan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan mendapati pokok yang tumbang menghalang lalu lintas di kedua arah laluan.

"Anggota menggunakan dua pemotong kayu bagi memotong batang pokok dan membersihkan halangan sehingga laluan kembali lancar.

"Kejadian tidak melibatkan kenderaan atau mangsa yang tercedera," katanya.