Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tugu peringatan kenang jasa anggota bomba terkorban

Tugu peringatan kenang jasa anggota bomba terkorban

Tugu Peringatan Fallen Heroes terletak di ABPM Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu

KUALA KUBU BHARU - Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah dekat sini membina sebuah tugu peringatan bagi mengabadikan nama anggota bomba yang terkorban ketika bertugas.Komandan ABPM Wilayah Tengah, Md Ali Ismail berkata, tugu peringatan itu adalah cetusan idea Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhamad Hamdan Wahid ketika lawatan kerja ke Jepun.

Menurutnya, jabatan bomba di negara matahari terbit itu memiliki tugu bagi memperingati anggota terkorban sebagai tanda penghargaan."Tugu di Jepun menyalakan api sepanjang masa tetapi kita di sini menggunakan air yang sentiasa mengalir sebagai simbolik semangat seorang penyelamat yang tidak pernah berakhir."Idea ini sudah lama tapi selepas Yang Setia Muhamad Hamdan dilantik sebagai ketua pengarah, akademi mengambil inisiatif merealisasikam hasrat beliau."Dibina oleh pelatih Kursus Diploma Sains dan Kebombaan (KDSK) Siri 1 pada September lepas dan dirasmikan sendiri oleh ketua pengarah ketika beliau merasmikan penutupan kursus,"katanya. Md Ali berkata, terdapat 23 anggota bomba terkorban ketika bertugas di seluruh negara yang direkodkan sejak 1993 dan nama mereka diabadikan di tugu berkenaan. Menurutnya, jumlah itu termasuk enam anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong pada 3 Oktober lalu.


Kemaskini pada 2018-10-15 08:02:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page