HULU SELANGOR - Anak bongsu daripada tujuh beradik mengambil keputusan berhenti kerja bagi menjaga bapanya yang lumpuh sejak tiga bulan lalu.
Bekas pekerja syarikat membaiki mesin pencetak, M Jayamurugan, 24, berkata, dia menggalas tanggungjawab tersebut bagi meringankan beban adik-beradik lain yang sudah berumahtangga.
Menurutnya, bapa mereka, S Muniandy, 56, diserang darah tinggi pada April lepas sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
"Difahamkan ada urat di bahagian kepala yang terputus maka bapa perlu menjalani pembedahan.
"Tapi selepas pembedahan, bapa terus koma sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada Julai lalu.
"Dua minggu lepas, bapa tunjuk perubahan positif apabila boleh buka kelopak mata walaupun sedikit tapi seluruh badan lumpuh sehingga sekarang," katanya.
Jayamurugan berkata, bapanya terdahulu bekerja sebagai pemandu lori namun berhenti kerja pada 2016.

Menurutnya, Muniandy mencari barang kitar semula untuk dijual dan pada tahun sama, ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung.
"Saya berhenti kerja dan dibantu abang nombor dua bagi menjaga ayah manakala adik-beradik lain menampung perbelanjaan harian saya dengan ayah di sini.
"Perbelanjaan ayah setiap bulan cecah RM2,000 untuk susu khas, lampin pakai buang dan ubat cuci luka selain perlu katil pesakit," katanya.
Kemaskini pada 2018-10-26 08:12:26 daripada Administrator