Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tiga tahun cari adik hilang

Zulkifli Samin

                                                                                    Zulkifli Samin

HULU SELANGOR - "Salam..terbaca akhbar Sinar Harian hari ni  tajuk lelaki tidur beralaskan kotak edisi Hulu Selangor, boleh dapatkan gambar muka lelaki warga emas tersebut mana tahu berkaitan,"kata seorang pembaca kepada Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp.

Namun selepas gambar yang diminta dikirimkan, pembaca itu sedikit hampa apabila ia bukan gambar adik yang hilang sejak tiga tahun lalu.Naderman Samin, 59, berkata, dia tidak pernah berputus asa mencari adiknya, Zulkifli, 57, yang tidak pulang ke rumah di Kampung Pasir Puteh, Kalumpang sehingga ke hari ini.

Menurutnya, anak keenam daripada lapan beradik itu mempunyai masalah hilang ingatan akibat gangguan mental pada usia 20-an."Biasa orang panggil adik saya Zul dan dia tidak mengganggu orang lain serta sering melepak bersama penduduk kampung."Dulu tinggal bersama seorang abang di Kalumpang tapi selepas abang meninggal dunia, Zul tinggal seorang diri. "Seorang lagi adik saya tinggal berdekatan dan sering menjenguk Zul bagi memastikan dia tidak terabai dan selamat," katanya. Naderman berkata, dia melakukan pembayaran di sebuah kedai makan di kampung berkenaan untuk Zulkifli pergi makan setiap hari.

Menurutnya, kehilangan Zulkifli disedari selepas adiknya itu tidak berbuat demikian selama beberapa hari.

"Dia biasa berada di sekitar kawasan daerah ini sahaja dan kami telah cari tempat yang mungkin Zul berada, tetapi tidak jumpa."Saya pun tidak tahu macam mana keadaan dia di luar sana dan laporan polis dibuat di Balai Polis Kalumpang," katanya. Orang ramai yang terjumpa Zulkifli atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Naderman di talian 013-727 6479.


Kemaskini pada 2018-11-12 10:29:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page