Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Rayu bantuan beli katil khas

Rayu bantuan beli katil khas

Muhammad Asri ketika mengikuti kursus terjun udara yang menyebabkan dia kini hilang upaya kekal.

BATANG KALI - Seorang kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hilang keupayaan berjalan akibat patah tulang belakang ketika melakukan aktiviti terjun udara.

Implikasi kecederaannya itu memaksa Muhammad Asri Amran, 28, merayu bantuan orang ramai bagi membeli katil khas berharga RM4,300.  Asri berkata, katil itu untuk kegunaan di rumahnya di Taman Sri Cahaya yang mempermudahkan pergerakan termasuk beralih ke kerusi roda. Menurutnya, dia kini menjalani rawatan pemulihan di Pusat Rehabilitasi Cheras mengikut jadual ditetapkan.

"Kejadian berlaku pada 24 Mac lalu ketika saya mengikuti kursus bagi mendapatkan lesen penerjun bebas udara di Tekah, Taiping."Pada hari kejadian lebih kurang jam 11 pagi, saya terjun menggunakan payung terjun dari pesawat ringan pada ketinggian 3,000 kaki."Waktu nak mendarat tiba-tiba arah angin berubah dan saya sepatutnya mendarat melawan angin tetapi bila nak dekat dengan tanah, angin datang dari arah belakang," katanya.

Asri berkata, pendaratan tidak sempurna mengakibatkan berlaku hentakan keras ketika bahagian punggung mencecah tanah (mendarat secara duduk).Menurutnya, kecederaan itu menyebabkan dia hilang deria rasa dari paras perut ke kaki sebelum dibawa ke Hospital Taiping."Pada 28 Mac, saya jalani pembedahan memasukkan besi sebelum dirujuk ke Pusat Rehabilitasi Cheras."Saya memang minat dengan sukan ekstrem ini dan kejadian berlaku pada terjunan pertama saya secara solo,"katanya. Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun bank Maybank bernombor 164098549034 atas nama Muhammad Asri.

 
Sumber : Sinar Harian
 

 

 
 

Kemaskini pada 2018-11-22 07:47:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page