Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Laluan Jambatan Sungai Kerling akan ditutup dua hari

image

Lakaran lokasi penutupan di Jambatan Sungai Kerling dan laluan alternatif untuk panduan pengguna.

KERLING - Laluan Kuala Lumpur-Tanjung Malim FT001 Seksyen 454.50 di Jambatan Sungai Kerling akan ditutup kepada semua lalu lintas selama dua hari bermula 9 dan 10 Januari ini.Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan laluan itu bermula jam 5 pagi hingga 10 malam keesokkan harinya.

Penutupan bagi tujuan kerja pembinaan dan pemasangan rasuk jambatan serta demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak pembinaan untuk panduan pengguna selain pegawai bendera yang sentiasa mengawal trafik.

Pengguna jalan raya diminta menggunakan dua laluan alternatif bagi perjalanan Tanjung Malim ke Kuala Lumpur atau sebaliknya melalui Lebuh Raya Utara Selatan (Plus).

JKR berharap pengguna mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan.

Sebarang maklumat boleh menghubungi Pejabat JKR Hulu Selangor di talian 03-60641040 atau 03-60641058.


Kemaskini pada 2019-01-08 08:13:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page