Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pasar pagi Sungai Choh kembali beroperasi

image

Mohd Hafiz (kiri) bertemu peniaga bagi mendapatkan maklum balas selepas dua minggu pasar pagi itu beroperasi.

SUNGAI CHOH - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan kerjasama NGO menghidupkan kembali Pasar Pagi Sungai Choh yang menyepi sejak 30 tahun lalu.

Ahli MDHS Zon 17, Mohd Hafiz Idrus berkata, pihaknya bersama Pertubuhan Amal dan Usha Anak Kampung (Padu) mahu mengembalikan kegemilangan pasar pagi yang menjadi tumpuan satu ketika dahulu.

Menurutnya, pasar itu diadakan setiap pagi Sabtu dan Ahad bermula awal tahun ini membabitkan 30 tapak niaga.

"Dulu pasar pagi ini terkenal untuk dapatkan barang basah dan produk tradisi namun terhenti selepas pasar lain dibuka sekitar sini, terutama di Rawang.

"Tapi apabila pembangunan kembali pesat, ada permintaan penduduk yang mahu pasar pagi ini diwujudkan kembali supaya penduduk tidak perlu pergi jauh untuk membeli barang basah dan keperluan lain.

"Saya antara perintis kepada penubuhan semula pasar pagi ini bersama NGO Padu dan kita sudah pun mulakan operasi pada awal bulan lalu," katanya.

Mohd Hafiz berkata, pasar berkenaan memberi tumpuan terhadap penjualan produk tempatan seperti industri kecil sederhana (IKS) dan keperluan harian termasuk ikan sungai serta sayur-sayuran.

Menurutnya, ia secara tidak langsung menjadi pusat memasarkan hasil penduduk setempat dalam membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan.

"Pasar ini beroperasi seawal jam 7 pagi sehingga tengah hari dan setakat dua minggu ini, sambutan orang ramai amat menggalakkan.

"Pada masa akan datang, kita juga minta penganjur dari Padu menarik penyertaan lebih ramai petani setempat," katanya.


Kemaskini pada 2019-01-17 11:09:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page