Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sukar dapat rawatan pakar di Hospital Slim River

image
 
Sesi dialog bersama tetamu itu diadakan sempena lawatan kerja Dr Boon Chye ke Klinik Kesihatan Serendah.
 
SERENDAH - Penyelaras Dun Hulu Bernam menyuarakan pandangan Kepada Kementerian Kesihatan berhubung permasalahan mendapatkan rawatan pakar yang dialami penduduk kawasan berkenaan.

Mohd Amran Sakir berkata, dia mencadangkan kemudahan di Hospital Slim River dinaik taraf dengan menambah bilangan doktor pakar.

Menurutnya, hospital itu merupakan kemudahan kesihatan paling hampir dengan penduduk di kawasan Dun Hulu Bernam dan Behrang.

"Walaupun berada dalam daerah Hulu Selangor tapi kawasan ini bersempadanan Slim River maka penduduk lebih dekat ke sana berbanding ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

"Jika bilangan doktor pakar ditambah, penduduk tidak perlu dirujuk ke Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang melawat Klinik Kesihatan Serendah, di sini.

Mohd Amran berkata, dia juga berharap agar pihak kementerian menambah pusat dialisis di dua kawasan Dun tersebut supaya pesakit tidak menunggu lama giliran mendapatkan rawatan disediakan kerajaan.

Sementara itu pada sesi dialog sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui turut menyuarakan aduan penduduk berhubung isu persempadanan berkaitan kemudahan kesihatan.

Menurutnya, penduduk mendakwa tidak dapat menerima rawatan di klinik kesihatan yang lebih dekat di sempadan dua negeri itu mereka beralamat di Selangor.

Perkara yang dibangkitkan itu mendapat maklum balas baik daripada Dr Boon Chye untuk tindakan lanjut oleh Jabatan Kesihatan Selangor.


Kemaskini pada 2019-01-17 12:16:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page