Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tiga cedera van langgar kerbau

image

SUNGAI BUAYA - Tiga warga Thailand cedera apabila van membawa 10 penumpang melanggar seekor kerbau di Kilometer 435.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi, van jenis Toyota dengan nombor pendaftaran Thailand itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke negara terbabit.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, ketika sampai di lokasi kejadian, seekor kerbau secara tiba-tiba melintas di lorong kanan lebuh raya dan menyebabkan pelanggaran membabitkan van berkenaan.

"Pemandu van, seorang lelaki yang juga warga Thailand dan dua penumpang perempuan cedera di bahagian kaki.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Sungai Buloh manakala lapan penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.53 pagi.

Menurutnya, seramai 10 pegawai dan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

"Seorang penumpang perempuan tersepit di panel bahagian depan kenderaan dan pihak bomba mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya.


Kemaskini pada 2019-04-24 13:13:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page