Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Seperti mati hidup semula

image
Keadaan Mohd Shuhada ketika bertarung nyawa di ICU HKL akibat dijangkiti kuman leptospirosis tahun lalu.

KUALA KUBU BHARU - Pengalaman menanggung kesakitan sehingga koma selama seminggu akibat dijangkiti kuman leptospirosis meninggalkan kesan trauma kepada seorang bapa sehingga dia takut menyentuh air sungai.Situasi dialami Mohd Shuhada Mohd Ghali, 40, itu bagaikan mati hidup semula apabila kembali pulih selepas bertarung nyawa ketika menerima rawatan unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).Menurutnya, jangkitan kuman yang merebak ke paru-paru, buah pinggang dan hati itu menyebabkan dia terpaksa menyambut Ramadan dan Syawal di hospital berkenaan.

“Kejadian berlaku tahun lepas, dua minggu sebelum puasa saya bersama isteri dan anak pergi bermandi-manda di sebuah kawasan air terjun di Kuala Kubu Bharu.“Walaupun tinggal di Wangsa Maju tapi hampir setiap minggu kami akan ke air terjun ini kerana anak saya memang suka bermain dengan ikan kelah.“Masa hari itu, tangan saya terkena batu sehingga ada luka terbuka yang berdarah tapi saya anggap tak ada apa-apa sebab bagi orang kampung, luka masa mandi sungai adalah perkara biasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shuhada

Kerani sebuah syarikat pengeluar jam itu berkata, seminggu kemudian, seluruh badannya mulai sakit dan tenaga semakin lemah selain sukar bernafas.Menurutnya, keadaan tidak berubah walaupun tiga kali mendapatkan pemeriksaan di klinik termasuk menerima suntikan antibiotik.“Pada hari puasa yang kedua, rasa sakit semakin teruk sehingga tak mampu tahan lagi dan keluarga bawa ke Hospital Tawakal sebelum dirujuk ke HKL.

“Saya koma di ICU dalam tujuh hari dan selepas sedar, ditahan di wad untuk rawatan susulan memasukkan air antibiotik selama sebulan kerana kuman menjangkiti paru-paru, buah pinggang dan hati.“Bagai mati hidup semula dan bersyukur sangat sebab isteri serta anak tidak dijangkiti kuman kencing tikus ini kerana memang terlalu sakit sehingga kalau suruh basuh tangan guna air sungai pun saya tak akan berani,” katanya.
 


Kemaskini pada 2019-06-24 08:11:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page