Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lelaki bertopi keledar hijau mencuri lagi

image
Kompresor penghawa dingin di dinding belakang bangunan dicuri semalam.

BUKIT SENTOSA - Tiga hari lalu mencuri tangga di belakang sebuah restoran dan semalam, sebuah kompresor penghawa dingin pula dicuri dipercayai dilakukan oleh individu sama.Dua video rakaman dua kejadian berasingan itu dimuat naik pengendali laman Facebook, Mohd Rizwan Zainal Abidin, 44, yang meminta orang ramai mengesan individu terbabit dan memaklumkan kepada pihak polis.

 
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut memaparkan persamaan suspek yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dengan memakai topi keledar berwarna hijauMenurut Mohd Rizwan, kejadian 28 Jun lalu berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika dia sedang melakukan kerja ubah suai di sebuah restoran di Bandar Bukit Sentosa.Katanya, satu tangga aluminium didapati hilang ketika rakan sekerja masuk seketika ke dalam restoran untuk mengambil peralatan mengecat."Selepas melihat rakaman CCTV, tangga berkenaan dibawa lari oleh seorang lelaki yang menunggang Honda Wave dengan memakai topi keledar berwarna hijau.
 
"Semalam seorang rakan memaklumkan kompresor penghawa dingin di belakang bangunan kedainya pula hilang kira-kira jam 3.18 petang."Bila tengok rakaman CCTV, perbuatan curi ini dilakukan oleh orang yang sama. Jika sesiapa ternampak atau kenal, sila hubungi balai polis dengan segera," katanya kepada Sinar Harian.

Rakaman CCTV menunjukkan tangga aluminum itu dibawa lari suspek menunggang motosikal.
Rakaman CCTV menunjukkan tangga aluminum itu dibawa lari suspek menunggang motosikal.
 
 
Mohd Rizwan berkata, modus peranti suspek yang menunggang motosikal akan berlegar-legar di kawasan belakang bangunan kedai sebelum mencuri meskipun di siang hari.Difahamkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa.
 
 
 

Kemaskini pada 2019-07-04 08:37:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page