Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Felda Soeharto dilanda ribut

image
June Leow meninjau keadaan rumah penduduk yang terjejas teruk setelah ribut melanda Felda Soeharto petang tadi.

HULU SELANGOR - Sekurang-kurangnya 20 buah rumah di Felda Soeharto mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang tadi.Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, kejadian berlaku ketika cuaca hujan bersama angin kuat. Menurutnya, kerosakan melibatkan bahagian bumbung yang diterbangkan angin dan turut menjejaskan struktur rumah penduduk selain pokok tumbang. 

Atap rumah penduduk diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang tadi.
Atap rumah penduduk diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang tadi.

"Ada rumah atap hilang sepenuhnya dan menyebabkan kerosakan harta benda berikutan hujan masin lebat ketika kejadian. Namun tiada mangsa dilaporkan cedera."Pusat pemindahan dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Felda Soehaerto dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah menyalurkan bantuan bagi mangsa yang berpindah.

Keadaan rumah penduduk yang rosak teruk akibat ribut petang tadi.
Keadaan rumah penduduk yang rosak teruk akibat ribut petang tadi.

"Sekarang kita masih lagi melakukan bancian bagi mengenal pasti jumlah sebenar rumah yang terjejas dan menilai kerosakan untuk tindakan lanjut," katanya ketika melawat lokasi kejadian petang tadi.

 
 
 
 
 
 

Kemaskini pada 2019-07-09 17:35:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page