Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

139 keluarga mangsa ribut terima sumbangan

image

Siti Mariah menyerahkan sumbangan awal disalurkan JPBD kepada mangsa ribut di tanah rancangan itu hari ini.
 
HULU SELANGOR - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Selangor menyalurkan sumbangan awal berjumlah RM39,250 kepada 139 ketua keluarga mangsa ribut di Felda Soeharto.
 
Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara, Mohamed Jamil Abu Bakar berkata, agihan sumbangan mengikut kadar kerosakan dengan RM500 setiap keluarga bagi 18 rumah rosak teruk.Menurutnya, baki 121 rumah masing-masing menerima sumbangan RM250 yang dikategorikan rosak sederhana dan kecil."JPBD selesai menyerahkan sumbangan awal ini semalam bagi meringankan beban mangsa.
 
"Jumlah 139 rumah yang rosak adalah mengikut laporan yang diterima sehingga 7 Julai lalu melibatkan rumah kediaman."Agensi berkaitan aspek teknikal turun melakukan bancian dan selesai menilai kerosakan di setiap rumah untuk dibentangkan ke peringkat jawatankuasa bencana negeri, esok," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
 
Mohamed Jamil berkata, jumlah sumbangan di peringkat negeri berbentuk wang ringgit akan diberikan mengikut tiga kategori kerosakan.Menurutnya, rumah yang mengalami kerosakan teruk akan menerima sumbangan bawah RM50,000 manakala sederhana bawah RM20,000 sementara rosak kecil bawah RM10,000.
 
"Keseluruhan jumlah kerosakan akan dibentangkan pada mesyuarat peringkat negeri esok."Sumbangan ini bertujuan meringankan beban mangsa terutama bagi menampung kos memperbaiki kerosakan akibat ribut," katanya.Mohamed Jamil berkata, sehingga hari ini jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Semai Bak Felda Soeharto, berkurangan kepada tujuh mangsa dari tiga keluarga.
 
Mesyuarat Pengurusan Bencana Felda Soeharto semalam turut dihadiri Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.Hadir sama melawat mangsa dan lokasi kejadian, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar.
 

Kemaskini pada 2019-07-11 09:25:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page