Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pencemaran bau: Sisa minyak sudah dibersihkan

image

Sisa minyak yang dilepaskan ke loji kumbahan menyebabkan empat LRA terpaksa dihentikan operasi semalam sudah dibersihkan IWK.

 
HULU SELANGOR - Sisa minyak ditemui di kebuk masuk loji rawatan kumbahan di Batang Kali yang menyebabkan empat loji rawatan air (LRA) terpaksa dihentikan operasi kelmarin selesai dibersihkan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) semalam.
Ketua Operasi IWK Wilayah Selatan, Ir Mohd Taufik Salleh berkata, loji berkenaan kembali beroperasi selepas kerja pembersihan selesai pada jam 5 petang dan pelepasan efluen mengikuti piawaian dtetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
 
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) awal pagi semalam berhubung perkara itu sebelum pasukannya bergegas ke loji berkenaan pada jam 5 pagi untuk memeriksa keadaan loji dan kualiti efluen dilepaskan.“Pemeriksaan dapati terdapat minyak pekat berwarna hitam masuk ke loji berkenaan pada jam 7 pagi semalam, kami terus hentikan pelepasan efluen buat sementara waktu bagi menjalankan operasi pembersihan segera.
 
“Bagi mengelak sebarang gangguan kepada kualiti efluen, pengasingan telah segera dibuat untuk mengawal pelepasan efluen terakhirnya ke Sungai Liam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata, sebelum kemasukan minyak hitam tersebut, pasukan penyenggara loji memaklumkan tiada kesan buangan minyak pada hari sebelumnya dan loji berkenaan beroperasi secara biasa mengikut piawaian.
 
Katanya, kesan buangan minyak masuk secara terlarang ke loji berkenaan memerlukan rawatan tambahan membabitkan kerja penyedutan lapisan minyak yang tebal di kebuk masuk serta penggunaan bahan pengoksidaan untuk mengaktifkan proses biologi bagi mengurangkan kadar bau di efluen terawat.“Sebanyak 250kg karbon (yang diaktifkan) diletakkan di saluran pelepasan efluen terakhir bagi mengurangkan bau sebagaimana yang dicadangkan pihak LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
 
“Kami turut menyediakan pasukan bertugas 24 jam bagi memantau sebarang kemasukan bahan yang dibuat secara terlarang daripada berulang,” katanya.Semalam, media melaporkan hasil siasatan dilakukan LUAS mendapati minyak hitam terbabit dipercayai dibuang dari kawasan perindustrian di sekitar loji IWK.Perkara itu dimaklumkan Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains Teknologi dan Inovasi Selangor, Hee Loy Sian ketika membuat lawatan ke loji IWK terbabit semalam.
 
Terdahulu empat loji rawatan air (LRA) termasuk LRA Fasa 1, LRA Fasa 2 dan LRA Fasa 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang terpaksa dihentikan operasi berikutan pencemaran bau di Sungai Selangor semalam.Sebanyak 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas susulan operasi empat loji terbabit dihentikan.
 

Kemaskini pada 2019-07-22 08:29:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page