Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ramai pengusaha bukan Islam mohon sijil halal

image
Haniza (dua dari kanan) melawat tapak jualan selepas merasmikan Halal Fest di Masjid As-Salam Bukit Sentosa hari ini.

 

HULU SELANGOR - Permintaan tinggi terhadap produk halal di pasaran tempatan dan luar negara mendorong ramai pengusaha bukan Islam memohon mendapatkan sijil halal.
 
Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, daripada sejumlah permohonan yang diterima, hanya 20 peratus dari kalangan pengusaha Islam.
 
Menurutnya, pengusaha termasuk usahawan mikro disaran berbuat demikian bagi merebut peluang produk mereka menembusi pasaran luar negara.
 
"Sijil halal yang dikeluarkan negara kita diiktiraf dan diperakui di 45 negara. Antara negara yang banyak mengimport produk halal adalah China, Singapura, Amerika Syarikat serta Jepun.
 
"Produk halal bukan hanya makanan tetapi merangkumi kosmetik, bahan mentah, penjagaan diri, ubat-ubatan dan banyak lagi.
 
"Dulu bila ke luar negara memang susah nak dapatkan produk halal tetapi sekarang sudah berbeza kerana produk halal mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia," katanya ketika berucap merasmikan Halal Fest di Masjid As-Salam Bukit Sentosa hari ini.
 
Beliau berkata, pihaknya menganjurkan beberapa siri bengkel bagi membantu usahawan mikro di kawasan bandar mendapatkan sijil halal sekali gus mengembangkan pasaran produk masing-masing.
 
Sementara itu, pengarah program yang juga Pengerusi Persatuan Ekonomi Ummah Bukit Sentosa, Azhar Ahmad berkata, festival julung kali itu menghimpunkan usahawan produk halal seluruh negara bagi memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat.
 
Menurutnya, halal tidak terhad kepada makanan semata-mata sebaliknya merangkumi segala aspek kehidupan seharian.
 

Kemaskini pada 2019-08-05 07:49:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page