Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tindakan tegas individu tak hormat Jalur Gemilang


image
Babu (kiri) bersama ahli kelab yang berkonvoi mengibarkan Jalur Gemilang dari Bukit Beruntung ke Bukit Fraser
 

BUKIT BERUNTUNG - Kerajaan disaran bertindak tegas terhadap individu atau pihak yang sengaja menimbulkan ketegangan antara kaum termasuk tindakan tidak menghormati Bendera Malaysia. Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga bekas Ketua Balai Polis Bukit Sentosa, Babu Abdul Salim, 61, berkata, Jalur Gemilang lambang penyatuan rakyat berbilang kaum dan menjadi identiti warganegara.

Menurutnya, cubaan pihak tertentu seperti memasang Jalur Gemilang secara terbalik perlu dipandang serius kerana mengguris perasaan rakyat yang cintakan tanah air."PDRM perlu bertindak tegas dengan menyiasat individu terbabit bagi mengenal pasti motif perbuatan tersebut.

"Jika dibiarkan berlarutan, dikhuatiri akan menjadi satu trend pada masa akan datang dan menyemai rasa kebencian apabila ia dikaitkan dengan perkauman," katanya pada Konvoi Jelajah Merdeka Kelab Pemilik Toyota SE Bukit Beruntung semalam. Salah seorang pengasas kelab berkenaan, Saithu Muhammad, 44, berkata, konvoi berkereta kali kelima berturut-turut sempena hari kemerdekaan itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotik di kalangan ahli dan masyarakat.

Menurutnya, meskipun hanya 15 kereta jenis Toyota SE yang terlibat namun ia amat bermakna apabila dapat mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang laluan konvoi dari Bukit Beruntung ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Bharu."Ahli kelab terdiri daripada kaum melayu, cina dan india serta pelbagai latat belakang.Minat yang sama terhadap kereta jenis ini menyatukan kami tanpa sebarang persengketaan," katanya.
 

Sumber : Sinar Harian

 


Kemaskini pada 2019-09-03 08:34:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page