Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Sekolah Myanmar dipantau

 
KUALA KUBU BHARU - Sebuah premis di Jalan Orkid, Bukit Sentosa yang dijadikan sekolah untuk warga Myanmar akan dipantau dan diambil tindakan sewajarnya jika menyalahi undang-undang.

Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail berkata, pihaknya akan bertindak berdasarkan bidang kuasa yang ada iaitu melibatkan penggunaan permit di premis MDHS.“Kita akan semak dan siasat sebab bimbang ada implikasi lain.

“Dari segi majlis pun tidak ada salah kalau mereka dibenarkan oleh jabatan berkaitan, maka premis yang digunakan kita lesenkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kewujudan sekolah berkenaan.

Sinar Harian pada 27 November lalu menyiarkan mengenai kemusykilan penduduk mengenai status kewujudan sekolah untuk warga Myanmar di sebuah premis di Bukit Sentosa.

Difahamkan, sekolah yang sudah lebih tiga tahun beroperasi itu disediakan majikan kepada pekerja warga Myanmar yang mempunyai anak untuk belajar di situ.

Sehingga kini, terdapat lebih 100 pelajar yang mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris, matematik dan sains di sekolah tersebut.

Tukiman berkata, jabatan lain yang berkaitan juga perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara tersebut kerana difahamkan turut melibatkan sistem pembelajaran di peringkat tadika, rendah dan menengah.

“Melihat kepada sekolah ini kita tidak tahu bagaimana dari segi peraturan kerana melibatkan jabatan pendidikan.

“Antara yang mungkin perlu dilihat dari segi sukatan pendidikan atau pengajaran serta kurikulum yang digunakan,” katanya.

Katanya, sehingga kini tiada aduan berkaitan perkara tersebut diterima sehingga disiarkan dalam Sinar Harian.

"Sebelum ini MDHS pernah menerima aduan berhubung warga Myanmar membuka kedai runcit mini dan kedai makan di premis bertingkat di Bukit Sentosa, namun tindakan penguatkuasaan sudah diambil dan barangan sudah disita.

"Warga Myanmar sudah dikenal pasti pernah melakukan beberapa kesalahan dan berada dalam pemantauan, malah bilangan mereka yang semakin ramai menyebabkan keperluan meningkat termasuk keperluan pendidikan," katanya.


Kemaskini pada 2014-06-26 12:32:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page