Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

56 garaj haram diroboh

image
MDHS merobohkan struktur garaj yang dibina secara haram menerusi operasi sekitar Jalan Meranti, Batang Kali.

HULU SELANGOR - Sebanyak 56 garaj yang dibina tanpa kebenaran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dirobohkan di Jalan Meranti, Batang Kali bermula 22 hingga 24 Jun lalu.Bahagian Korporat MDHS melalui satu kenyataan berkata, operasi perobohan dilakukan susulan lawatan tapak Operasi Khas Denggi Lorong Belakang dan Garaj Haram yang dilaksanakan di sekitar kawasan berkenaan pada 22 Januari lalu.

Menurutnya, tindakan berkenaan diambil mengikut Seksyen 46(1) (a) iaitu halangan di tempat awam dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

"Semasa perobohan, sebilangan penduduk turut memberi kerjasama dengan membuka sendiri struktur binaan mereka susulan notis diterima pada Februari lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mengulas lanjut, MDHS berkata, pihaknya juga menggunakan empat buah lori bagi mengangkut semua sisa perobohan untuk dibuang di tapak pelupusan Sungai Sabai. Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan mematuhi peraturan ditetapkan MDHS khususnya dalam pembinaan struktur haram di kawasan masing-masing."MDHS tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang masih berdegil," katanya.

Sumber : Sinar Harian || Asyraff  Muhammad


Kemaskini pada 2020-06-26 09:13:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page