Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Isu Pemindahan Kuil Selesai

image
HULU BERNAM - Isu pemindahan dua kuil di atas tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam kawasan Taman Bernam Jaya selesai setelah penduduk kaum India bersetuju menjadikan tanah seluas 0.2 hektar sebagai tapak baru kuil tersebut.

Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Hulu Bernam, Mohamad Idris Ahmad berkata, penyelesaian itu dicapai setelah beberapa perbincangan diadakan antara beliau bersama penduduk dan PKNS.

“Apa yang pihak PKM buat, kita adakan perbincangan dan mendapati memang ada satu lot tanah sesuai sebagai tempat memindahkan kuil tersebut walaupun pada peringkat awal kuil bersebelahan Plaza Tol Tanjung Malim tiada dalam perbincangan dan hanya untuk kuil satu lagi di Ladang Kalumpang.

“Jadi kita adakan mesyuarat dan saya syorkan agar kedua-dua kuil dipindahkan ke tapak tersebut,” katanya ketika meninjau operasi menurunkan struktur kuil lama di kawasan tersebut, semalam.

Beliau berkata, penduduk kaum India di kawasan tersebut melihat kawasan seluas 0.2 hektar milik PKNS itu sangat sesuai malah terdapat tanah lapang seluas 0.556 hektar bersebelahan kawasan itu yang boleh dijadikan kawasan tambahan kuil jika perlu.

Katanya, kuil yang dibina bersebelahan plaza tol tersebut dahulunya berada di atas tanah milik Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) namun berpindah ke kawasan PKNS setelah plaza tol dibangunkan.

Menurutnya, kuil tersebut sekali lagi terpaksa dipindahkan apabila PKNS mahu membangunkan kawasan tersebut.

“Pihak PKM menjadi orang tengah kepada penyelesaian isu ini secara harmoni.

“Tanah itu juga milik PKNS tapi atas persetujuan PKNS serta Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS), kawasan tersebut akan diwartakan sebagai kawasan ibadat kaum India,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Hulu Selangor, Raj Kumar berharap, PKNS memberi kerjasama kepada penduduk untuk proses pemindahan kuil kedua di Ladang Kalumpang kerana perlu mengambil masa yang panjang untuk dipindahkan.

Menurutnya, tempoh tiga bulan yang diberikan tidak mencukupi kerana pemindahan kuil memerlukan kos dan perlu menuruti adat yang ditetapkan.

“Kena beri kami masa sebab untuk dirikan kuil baru akan ambil masa yang panjang dan perlu ada bangunan kuil baru sebelum pemindahan dibuat, itu adat yang perlu dilakukan,” katanya.

Operasi menurunkan struktur kuil tersebut dilakukan semalam dengan kehadiran penguat kuasa PDTHS dan penguat kuasa PKNS bersama anggota polis.

Kemaskini pada 2014-06-26 12:42:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page