Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MDHS antara empat PBT terawal guna kemudahan digital

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 17 April 2021
image

Amirudin (kiri) menyampaikan penghargaan kepada MDHS yang diwakili Mohd Azhar (kanan) pada Majlis Pelancaran Inisiatif Infrastruktur Digital Smart Selangor di Dewan Serbaguna Menara BSN, CUN Shah Alam pada Jumaat.
 

HULU SELANGOR - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) antara empat pihak berkuasa tempatan (PBT) menerima penghargaan sebagai pengguna terawal menggunakan kemudahan digital dalam pentadbirannya.
MDHS dalam satu kenyataan memaklumkan, MDHS mula mengguna pakai rangkaian internet Selangor Gigabit Network (SeGNet) pada penghujung tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, rangkaian SeGNet banyak membantu MDHS di dalam mesyuarat yang dijalankan secara maya kerana ia lebih mudah, tidak secara bersemuka, menjimatkan kos dan mengupayakan aplikasi–aplikasi dalam talian dengan lebih efektif dan efisyen oleh kakitangan MDHS."Perkara ini juga sejajar dengan Agenda Smart Selangor di bawah domain Infrastruktur Digital Pintar," kata kenyataan itu pada Sabtu.

MDHS menerima penghargaan itu pada Majlis Pelancaran Inisiatif Infrastruktur Digital Smart Selangor yang telah dianjurkan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) di Dewan Serbaguna Menara BSN, CUN Shah Alam pada Jumaat.Yang Dipertua MDHS, Dr Mohd Azhar Mohamed Ali menerima penghargaan yang disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

MDHS memberitahu, majlis itu diadakan bagi menghargai usaha PBT dalam menggerakkan tranformasi digital untuk sektor awam di Selangor.SSDU merupakan pelaksana induk yang telah diberi mandat oleh kerajaan Selangor untuk melaksanakan Program Smart Selangor.   SSDU melancarkan tiga inisiatif Smart Selangor yang telah siap pada tahun 2020 iaitu, SeGNet, Pusat Data Hibrid Smart Selangor (SSDC) dan Pengkomputeran Awan AWS (Amazon Web Services).
 

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2021-04-20 07:46:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page