Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Warga emas terharu terima sumbangan

IBRAHIM DARMAN | | 26 April 2021
image
   Ramlah terharu menerima kunjungan team Secebis Bantuan Sebesar harapan di kediamannya pada Sabtu.

KUALA KUBU BHARU - Seorang warga emas mengalirkan air mata kerana terharu menerima sumbangan daripada Asdy Global Ventures dan HeadShot Gadjet pada ziarah Secebis Bantuan, Sebesar Harapan di Felda Soeharto sini pada Sabtu.Penerima sumbangan, Ramlah Ahmad, 80, yang telah kematian suami bergantung kepada bantuan keluarga dan jiran tetangga kerana terlantar sakit sejak beberapa tahun lalu.

“Terima kasih di atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan,” katanya dengan nada terharu.Ramlah merupakan salah seorang daripada enam penerima sumbangan berupa pek makanan pada program yang turut disokong Kaereste, F&N Beverages dan Sinar Harian.Ketua Pegawai Eksekutif Asdy Global Ventures, Khairul Aswhat Tajul Amar berkata, rezeki yang diperoleh daripada perniagaan dikongsi bersama dan membantu golongan yang memerlukan.

Khairul Aswhat (kiri) bersama Hanippudin menyampaikan sumbangan kepada Abdul Rashid (kanan) yang uzur.
 Khairul Aswhat (kiri) bersama Hanippudin menyampaikan sumbangan kepada Abdul Rashid (kanan) yang uzur.

“Mungkin sumbangan ini tidak seberapa tapi mampu menggembirakan hati orang lain. Itu sudah boleh membuat kita juga berasa gembira.

“Kami di Asdy Global Ventures hanya berkongsi rezeki dengan masyarakat,” katanya.

Ziarah turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif HeadShot Gadjet, Naz Zaid; Pengurus Felda Soeharto, Mohd Qasidinoor Asri; Ketua Pegawai Eksekutif Kaereste, Muhamad Hafiz Feroz dan Ketua Kampung Felda Soeharto, Hanippudin Saman.

Sebanyak 1,000 mangkuk bubur lambuk yang dimasak secara gotong-royong oleh Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW) Felda Soeharto turut diedarkan kepada penduduk.

Khairul Aswhat (tengah) dan Mohd Qasidinoor (kanan) mengedarkan bubur lambuk.
             Khairul Aswhat (tengah) dan Mohd Qasidinoor (kanan) mengedarkan bubur lambuk.

Sementara itu, Mohd Qasidinoor merakamkan penghargaan atas inisiatif Asdy Global Ventures dan HeadShot Gadjet dalam menganjurkan ziarah Secebis Bantuan, Sebesar Harapan khusus menyantuni warga emas dan OKU di Felda tersebut.

“Penglibatan syarikat-syarikat korporat melalui program seperti ini amat dinanti-nantikan oleh warga Felda dan memberikan keceriaan kepada penerima terbabit ketika menyambut lebaran,” katanya.

Sumber : Sinar Harian


Kemaskini pada 2021-04-28 07:50:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page