Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ribut Di Kalumpang Kejutkan Penduduk

ASYRAF MUHAMMAD | | 29 April 2021

image
Antara kediaman penduduk yang terjejas dalam kejadian tersebut

 

HULU SELANGOR - Penduduk di sekitar Kalumpang dikejutkan dengan kejadian ribut yang berlaku pada petang Khamis sehingga menyebabkan beberapa batang pokok tumbang. 

Guru dan Setiausaha Pondok Bustanul Asyrafiah, Shafezam Shafie berkata, sewaktu kejadian itu, dia berada di dalam pusat pengajian tersebut sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat di luar sekitar jam 2 petang. "Apabila saya keluar, saya dapati banyak pokok tumbang dan menghalang beberapa laluan.

"Malah, ada bumbung rumah penduduk turut diterbangkan angin ribut tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Khamis. Mengulas lanjut, Shafezam berkata, kejadian ribut dan hujan lebat yang berlaku sekitar 30 minit itu turut menyebabkan sekolah berkenaan terjejas serta dinaiki air.

Pokok tumbang turut menghalang laluan masuk ke Pondok Bustanul Asyrafiah.

Dia berkata, malah laluan masuk ke sekolah terbabit turut terhalang disebabkan oleh pokok tumbang."Sistem perparitan di sekolah ini tidak sempurna dan disebabkan itulah air memasuki ruang sekolah ini," katanya.Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Kamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.44 petang dan susulan itu, jentera penyelamat bergegas ke lokasi terlibat.

Beliau berkata, sejurus tiba, anggota penyelamat melakukan kerja-kerja pemotongan pokok berkenaan dengan menggunakan peralatan khas."Selepas itu, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mengambil alih dan melakukan kerja-kerja pembersihan pokok-pokok tumbang berkenaan," katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN


Kemaskini pada 2021-05-03 07:26:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page