Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penunggang motosikal cedera dilanggar ambulans

AHMAD ISMADI ISMAIL | | 21 Jun 2021
image
Penunggang motosikal cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah pada Ahad.
 

HULU SELANGOR - Tindakan seorang penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah mengundang padah apabila dia cedera dilanggar sebuah ambulans di persimpangan jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Serendah di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.05 malam.

Menurut beliau, ketika kejadian ambulans yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 45 tahun bersama dua pembantu perubatan kesihatan Hospital Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke tempat kerja mereka.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, ambulans itu meneruskan perjalanan kerana laluannya lampu isyarat hijau.

"Bagaimanapun kenderaan itu tidak sempat mengelak dan melanggar penunggang motosikal berusia 37 tahun yang tiba-tiba keluar dari Kampung Baru Serendah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki kanan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan," katanya.

Katanya, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai kemalangan itu untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
 


Kemaskini pada 2021-06-21 09:37:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page