Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MDHS, pihak swasta berkolaboratif bantu 171 keluarga

image
Wakil pihak swasta menyerahkan sumbangan keada MDHS untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan menerusi program itu.

HULU SELANGOR - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menjalinkan kerjasama strategik bersama beberapa pihak swasta menerusi Program Food Bank 'Jom Kongsi Rezeki' bagi membantu 171 keluarga memerlukan sekitar daerah ini susulan pandemik Covid-19.


Menerusi program itu, MDHS bersama syarikat MR. D.I.Y Trading Sdn Bhd memberi sumbangan barangan keperluan seperti beras, minyak masak, gula, biskut dan pelbagai lagi kepada penerima terlibat.Bahagian Korporat MDHS menerusi satu kenyataan berkata, selain membantu penduduk memerlukan, pelaksanaan program itu juga adalah selaras dengan fokus bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030).

"Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak swasta bagi membantu mereka yang memerlukan ketika waktu mencabar ini," katanya pada Sabtu.Menerusi program sama, Syarikat Minyak Masak Kijang Gold turut mengambil inisiatif sama dengan menyumbangkan dua liter minyak masak bagi setiap keluarga terlibat.

Dalam pada itu, Bahagian Korporat MDHS berkata, buat masa ini, sebanyak 63 sumbangan telah disampaikan di tiga kawasan iaitu Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Rasa manakala selebihnya akan diedarkan secara berperingkat."MDHS berharap agar syarikat korporat lain dapat bersama menyumbang kepada mereka yang memerlukan menerusi program ini," katanya.


ASYRAF MUHAMMAD | | 01 Ogos 2021|SINAR HARIAN


Kemaskini pada 2021-08-02 07:56:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page