Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Mohd Hasry angkat sumpah jawatan YDP MDHS baharu

ASYRAF MUHAMMAD | | 08 September 2021

image
Mohd Hasry mengangkat sumpah sebagai YDP MDHS yang baharu, pada Rabu.

 

HULU SELANGOR - Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) baharu, Mohd Hasry Nor Mohd selesai mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis yang berlangsung, pada Selasa.

Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat MDHS itu turut disaksikan oleh Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Yang Dimuliakan Raja Datuk Muzaffar Raja Redzwa.

Dalam ucapannya, Mohd Hasry mengucapkan tahniah kepada MDHS kerana bakal dinaik taraf ke majlis perbandaran pada 21 Oktober depan.

"Saya akan memastikan usaha-usaha mantan Yang Dipertua sebelum ini dapat diteruskan selari dengan corak pentadbiran semasa dalam memastikan pengiktirafan menjadi perbandaran ini dapat

direalisasikan dengan jayanya," katanya menerusi satu kenyataan, pada Rabu.

Hadir sama sewaktu majlis angkat sumpah berkenaan adalah Timbalan Yang Dipertua MDHS, Awaluddin Zakaria, ahli-ahli majlis, pengarah dan ketua jabatan.

Dalam pada itu, Mohd Hasry berkata, pengiktirafan yang diberikan kepada MDHS secara tidak langsung memberi impak kepada rakyat setempat dengan kemasukan pelabur-pelabur luar selepas ini.

"Dengan kemudahan perbandaran yang baik, kita mengharapkan kesejahteraan dan taraf hidup rakyat juga akan lebih baik," katanya.

Selepas majlis berkenaan, Mohd Hasry turut berkesempatan mendengar taklimat mengenai operasi MDHS bersama pihak pengurusan.
 


Kemaskini pada 2021-09-09 09:06:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page