Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kenapa roboh pondok bas lama?

  • Kenapa roboh pondok bas lama?Antara pondok bas lama yang dirobohkan di Bukit Sentosa dan pembinaan pondok bas baharu dilakukan bersebelahan.
< 1 / 1 >

BUKIT SENTOSA – Penduduk setempat mempertikaikan tindakan Kerajaan Persekutuan apabila kesemua pondok bas sedia ada di daerah ini yang masih dalam keadaan baik dirobohkan untuk membina pondok bas baharu.

Tindakan Kerajaan Persekutuan itu didakwa membazir dan penduduk berpendapat ada baiknya peruntukan yang disalurkan kepada  projek tersebut digunakan untuk keperluan lain yang lebih mendesak.

Penduduk, K Subramaniam berkata, tindakan merobohkan pondok bas yang masih elok adalah tidak wajar.

"Langkah yang diambil pihak berkaitan jelas sekali merugikan rakyat.

"Semua penduduk nampak tindakan yang dibuat adalah tidak betul. Membazir saja sedangkan pondok bas yang lama masih lagi boleh digunakan," katanya.

Penyelaras PKR Dun Batang Kali, Mohamed Nazar Yakin berkata, Kerajaan Persekutuan dilihat melakukan sesuatu tanpa menilai keperluannya kepada rakyat.

Menurutnya, tidak salah sekiranya pembinaan dilakukan di kawasan yang tidak mempunyai pondok bas atau hanya melibatkan pondok bas yang usang.

"Persoalannya kenapa dibina pondok bas baharu sedangkan yang lama masih boleh digunakan?

"Adalah lebih elok jika wang itu digunakan untuk membaiki jalan yang rosak seperti di bahu jalan dari Plaza Tol Bukit Beruntung sehingga Sungai Choh," katanya.

Mohamed Nazar berkata, tindakan Kerajaan Persekutuan itu seolah-olah hanya mahu menghabiskan baki peruntukan bajet tahun lalu.

"Rakyat diminta berjimat dengan kenaikan harga barang tetapi mereka sendiri melakukan pembaziran.

"Apabila rakyat meminta bantuan, mereka sering beri alasan tiada peruntukan sedangkan masalah utama seperti jalan rosak merupakan satu keperluan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail berkata, pembinaan pondok bas tersebut dilaksanakan di bawah NKRA Kerajaan Persekutuan dan MDHS hanya bertanggungjawab melaksanakannya.

Menurutnya, segala peruntukan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“MDHS sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya melaksanakan. Kita menerima antara lima hingga enam pakej di mana setiap pakej melibatkan tiga atau empat unit (pondok bas).

"Keseluruhannya terdapat lebih kurang 30 pondok bas yang dibina baru dalam daerah Hulu Selangor,” katanya.

Tukiman berkata, pembinaan pondok bas yang menggunapakai reka bentuk seperti yang sedang dilaksanakan ketika ini bukan saja dilaksanakan di dalam daerah Hulu Selangor, tetapi di semua PBT di seluruh negara.

Katanya, kelulusan pembinaan pondok bas tersebut diputuskan sejak Oktober 2013 yang lalu dan dilaksanakan pada Disember 2013.

Walau bagaimanapun, Tukiman mengakui terdapat aduan berhubung pelaksanaan projek tersebut kerana pondok bas lama yang masih berkeadaan baik terpaksa dirobohkan untuk membina pondok bas baharu.

“Kita ada terima aduan dan saya juga ada pesan kepada Jabatan Kejuruteraan MDHS sebaik-baiknya pembinaan pondok bas dilakukan di kawasan yang tidak ada pondok bas sahaja.

“Tetapi ini di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan, kita cuma melaksanakan,” katanya.

Sementara itu sumber berkata, ICU hanya bertanggungjawab menguruskan perolehan dan kewangan yang disalurkan daripada Kementerian Pengangkutan.

“Permohonan projek dibuat oleh PBT kepada Kementerian Pengangkutan dan setelah diluluskan, peruntukan disalurkan kepada ICU.

“Dari segi penentuan pondok bas mana yang nak dinaiktaraf, ia dilakukan oleh pihak PBT melalui Bahagian Kejuruteraan,” katanya.


Kemaskini pada 2014-01-02 17:45:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page